Thursday, May 8, 2014

Jalan-jalan cari fabrik dan benang (Yarn and Fabric Hunting in Dakar)

Assalamualaikum semua.... 

Hari ni saya nak berkongsi tentang aktiviti jalan-jalan cari fabrik dan benang di Dakar, Senegal.

Sampai sahaja di Dakar, Senegal saya tak sabar nak berjalan-jalan nak cari fabrik tempatan dan benang. Terutamanya bila dah nampak orang local sini pakai baju yang diperbuat daripada fabrik tempatan. Saya tertarik dengan warna-warna yang terang pada corak kain mereka.Saya dah dapat terbayang warna-warna terang macam tu dijadikan baju, skirt dan dress anak dara saya.

Kaki dan tangan memang dah gatal sangat nak shooping tapi masa tu saya masih belum berkesempatan untuk shooping sebab Alya masih kecil lagi. Tak sesuai bawa budak kecil untuk pergi tengok kain kat pasar. Takut habuk dan tempat macam tu biasanya ramai orang. Kalau nak tinggalkan Alya, masa tu tak sampai hati lagi..... huhu.

So, bila dah cukup je masa boleh tinggalkan Alya, mama dia pun panjang kaki la yer..


Alhamdulillah, suatu pengalaman yang baru dan seronok. Bila keluar ke tempat macam ni teringat Souk Manama, Bahrain. Bezanya di sini adalah bahasa. Hampir kebanyakan yang berniaga disini tak pandai cakap English, semua pun gunakan bahasa French.... Jadi susah sikit la kalau tak bawa orang yang boleh cakap French, sebab saya masih belum belajar lagi. 

Untuk lawatan rasmi mana-mana nadia hari itu, saya bawa Puan Sukinah untuk temankan saya membeli-belah. Terima Kasih Puan Sukinah temankan dan menjadi translator saya.

Kain tempatan disini dijual dalam ela (yard). Ada dalam 6 ela (6 Yard) atau 12 ela (12 Yard). Orang di sini tinggi-tinggi semuanya sebab tu kain pun diaorang jual panjang-panjang agaknya. Untuk kain 12 kaki pula mungkin sebab orang perempuan tempatan sini buat baju sekali dengan matching kain lilit kat kepala.


Bila membeli-belah kain di town macam ni, terasa rindu pula kat kawan-kawan kat Bahrain terutamanya kawan-kawan yang selalu teman saya shooping kain dan kawan-kawan menjahit...Miss you ladies soo much!!


Saya berjaya membeli beberapa jenis kain untuk eksperimen saya di sini. Alhamdulillah ada yang sudah jadi skirt dan seluar. Disebabkan kain di memang panjang sungguh, pastinya lepas ni anak dara saya akan ada skirt, seluar atau baju dari material yang sama....haha

Dan sudah pasti tak cukup satu pusingan sahaja, mana-mana nadia buat pusingan seterusnya untuk jalan-jalan cari fabrik dan benang. Lawatan pertama tak sempat nak cover semuanya. Kami jumpa kedai yang menjual benang crochet dan juga alatan serta bahan jahitan.

The best part is, saya jumpa cotton yarn!!!! Dah lama saya cari cotton yarn ni untuk crochet, akhirnya saya dah jumpa kedai yang jual benang ni di Dakar...yeay!!!


Cotton Yarn yang selama ni saya cari....projek yang akan saya gunakan benang ni ada saya ada ceritakan dalam post INI.

Di Dakar ni, kebiasaanya kedai-kedai tak benarkan kita untuk ambil gambar barang-barang mereka. So, untuk saya nak gambarkan kedai benang ni saya pun ajaklah tuan kedai ni bergambar bersama.


Kedai ni memang best, nampak tak di belakang tu ada banyak benang-benang sulam embroidery? memang cantik-cantik... Nasib baik saya masih belum pandai nak buat sulam embroidery lagi...kalau tak, sure dah borong semua colour.

Seterusnya, kami ke kedai Islima sebelah dari kedai benang tadi. Kedai ini penuh dengan reben, piping, lace,binding tape....semuanya cantik-cantik dan bermacam-macam jenis. Ini ada saya sertakan gambar jenis riben yang dijual di situ....yummy ribbon!!



Selain ribbon yang bermacam jenis, kedai ini juga menjual buku-buku lama. Buku pattern crochet, cross stich dan embroidery.

Di situ juga terdapat  kit-kit jahitan yang boleh dijadikan hadiah serta sesuai untuk yang baru belajar menjahit. 

"Perjalanan seribu batu bermula dengan langkah pertama"

No comments:

Post a Comment