Wednesday, April 9, 2014

Tingkatkan Keyakinan Diri Anak: Mengubah "I can't" into "I can"

Keyakinan diri boleh dibentuk dari kecil. Bagaimana cara mereka mengharungi zaman kanak-kanak banyak mempengaruhi karakter seseorang itu. Sebagai ibubapa kita memainkan peranan yang penting dalam memupuk jati diri anak kita. Kita diberi amanah yang sangat besar oleh Allah s.w.t. untuk menjadikan anak kita seorang insan yang terbaik.


Saya ingin berkongsi usaha saya untuk meningkatkan keyakinan diri anak saya. Saya cuba gunakan panduan dari buku "Raise Your Child's Self-Esteem! 99 Easy Things To Do" oleh Nancy Krulik.



Dari 99 aktiviti yang boleh kita boleh lakukan bersama anak kita yang ada dalam buku ni, hari ini saya ambil contoh aktiviti 9.



Teach your child that "can't" is not forever. With a little hard work, your child will learn a new skill, and turn "I can't" into "I can".



Sebagai ibu dan bapa, kita seharusnya sentiasa memberi galakan dan sokongan kepada anak-anak untuk mencuba sesuatu yang baru. Namun, kita akan selalu mendengar anak-anak mengatakan "Saya tak pandai, saya tak boleh buat, tak tahu". Perkataan negatif (tak tahu/mahu) ini sekiranya tidak dibendung berkemungkinan akan menjadi tabiat di masa akan datang. Pepatah ada mengatakan, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ini masanya kita tukarkan perkataan negatif itu kepada positif.


Dari dulu lagi, saya suka nak tengok anak-anak saya belajar kerja tangan atau kraftangan. Aktiviti seperti ini akan meningkatkan daya kreativiti mereka. Semasa Aira berumur 4 tahun, saya cuba untuk mengajar dia crochet dan alhamdulillah Aira memang berminat nak belajar.  


Seperti yang saya jangkakan, bukan mudah untuk mengajar anak kecil untuk mengait crochet. Mengawal benang dan jarum pada waktu yang sama, membuatkan Aira frust termasuklah saya. Kami berdua mula kecewa dan kepenatan dan akhirnya saya dan Aira putus asa. Semenjak itu, setiap kali saya mengajak Aira mencuba skill baru, Aira akan menolak dengan mengatakan dia tak boleh buat (I can't).


Namun demikian, saya tidak terus putus asa. Perlahan-lahan saya memujuk Aira untuk mencuba. 2 tahun berlalu dan Aira telah menunjukkan  lagi minat nak belajar crochet (maybe sebab hari-hari tengok mama mengait). Saya cuba mencari jalan mudah untuk dia belajar mengait. Saya mulakan dengan teknik finger knitting. Mula-mula Aira memang mengadu yang dia tak pandai. Tapi saya cuba berikan galakan dan sokongan pada Aira. Saya katakan pada dia yang kalau kita buat selalu, pasti kita boleh buat dengan lebih baik (practice make perfect).

Selain itu, kanak-kanak hari ini memang terdedah dengan teknologi maklumat seperti smartphone, iPad, tablet dan sebagainya. Mengambil peluang ini, saya gunakan Youtube untuk mengajar Aira cara-cara finger kniting step by step. Saya tunjukkan padanya dan tak sampai 5 minit dia sudah berjaya menguasai skill baru! Alhamdulillah..


Cubaan pertama finger knitting 


More projects..more improvements...Alah bisa tegal biasa


Semenjak dari situ, Aira kini suka dan lebih bersemangat untuk belajar dan mencuba skill baru. Dia lebih berani di rumah dan di sekolah. Lebih membanggakan, Aira juga baru-baru ini diaugerahkan award CORE values (creativity, open-mindedness, responsibility and excellence) di sekolah. 

I'm proud of you Aira!! Semoga semangat positif ini dapat berkekalan dan dapat menjadikan Aira seorang insan yang lebih baik...



Kesimpulannya, saya rasa secara semulajadinya kanak-kanak adakalanya memang mudah untuk berputus asa dan akan mengatakan mereka tak tahu nak buat sesuatu. Maka menjadi tanggungjawab kita selaku ibu bapa untuk terus memberikan galakan dan sokongan. Ini tidak semestinya bermakna kita perlu membantu mereka secara langsung. Sebaliknya, berikanlah mereka dorongan untuk mencari jalan dan berusaha untuk meningkatkan kemahiran mereka.

I believe that with the right support and encouragement, they would even surprise us with their potential!!!

P/S: InsyaAllah saya akan kongsikan pengalaman saya dalam meningkatkan keyakinan diri anak setiap bulan. Stay tuned!!!

1 comment: