Friday, April 18, 2014

Anniversary 8 Tahun

12 March 2014 lepas Anniversary kami dah 8 tahun berkahwin... Yup, posting ni tertangguh dengan lamanya...huhu.

Tahun ni jadi lagi sekali kes saya masih terlupa hari istimewa kami ni. Kali ni rasanya yang paling teruk dalam record rasanya. Saya memang tak ingat langsung sampailah bila encik suami dah mengucapkan Selamat Ulangtahun pada hari kejadian...huhu...

3 hari sebelum tarikh sebenar, suami ada beritahu yang saya kene ikut dia pergi dinner, ada function dengan diplomat lain dan kali ni saya wajib ikut sebab dah banyak kali saya tolak tak nak ikut menggunakan alasan tak nak tinggalkan anak kat rumah. Dia mendesak sungguh suruh saya ikut. Serius je mukanya.

Saya boleh tak boleh terfikir langsung tarikh tu sama dengan anniversary kami!!!! Blur betul!! Sampai lah bila tengah malam 11 Mac suami ucapkan tahniah pada saya. Saat itulah baru saya tersedar yang saya tak ingat anniversary kami... teruk kan!!! haha

Sepanjang kami berada di Dakar ni tak pernah lagi kami keluar malam berdua. Ini pertama kali kami tinggalkan semua anak-anak di rumah dan kami keluar berdua sahaja. Sebelum ini kalau nak keluar, at least saya akan bawa Alya sahaja, tapi kali ni new record Alya ditinggalkan.

Yup, stok susu ibu semua sudah ready untuk Alya. Tak perlu risau Alya kelaparan.

Kami menyambut anniversary kali ini simple je. Asalkan dapat keluar berdua ni pun dah bersyukur banyak. Tak banyak fancy restaurant yang ada di sini selain daripada restoran hotel. Untuk dinner kami malam itu encik suami bawa saya ke Restaurant Jardin de Thailande.



Ini lah si pesalah yang pelupa tu..haha


Sebab dah lama tak keluar makan tanpa gangguan anak-anak, kami order makanan banyak sungguh. Takde la nak civilized romantic candlelite dinner sangat..hehe. Ye, kami makan bersungguh-sunggguh malam tu dengan aman. 


Deko yang ada dalam restaurant Thailand ni.



Wajib ada gambar berdua.


I'm so happy...Thank you for the lovely dinner. Jangan marah yer, saya cuba untuk jadi lebih fokus untuk ingat tarikh yang penting selepas ini, Insyallah saya cuba (I promise!)
Love you Encik suami!!!

Dakar , Senegal 2014

2 comments:

  1. kelakaor la nad.. biasa org lelaki yg pelupa... husbnd aku mmg susah ingat tarikh2 penting..birthday dia sendiri dia lupa...hahaha tahun dpn aku alarm ko.. birthday anak aku 15 mac

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha kan irma...entahla, aku selalu lupa...tapi birthday aku ingat!..ok, nanti alarm aku..birthday anak ko dekat jugak dengan birthday Aira..: )

      Delete